Sekolah Menengah Agama Maarif


VISI 
SEKOLAH UNGGUL PENJANA
GENERASI GEMILANG
MISI
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU
MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI


Profil


Nama:Sekolah Menengah Agama Maarif
Nama Pengetua:Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail
Alamat:Kampong Raja, 22200 Besut, Terengganu
Kod Sekolah:TFT0003
Tarikh Ditubuhkan:1 Januari 1942
Gred Sekolah:A
No. Telefon:09-6955300
No. Faks:09-6955301
Emailsmamkr@gmail.com
Laman web:sabkmaarif.bpi.edu.my
Jenis SekolahHarian Biasa
Kategori Sekolah:Luar Bandar
Jumlah Guru:69 orang
Jumlah Kakitangan40 orang
Jumlah Murid:749 orang (Tingkatan 1 - 6 Atas)
Kemudahan Asrama:Lelaki dan Perempuan

Sejarah SMA Maarif

Sekolah Menengah Agama Maarif merupakan sebuah sekolah agama yang terawal wujud di Daerah Besut. Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Guru Abas bin Haji Mohamad. Nama asalnya ialah "madrasah rokki al-arif" yang diwujudkan pada tahun 1942. Al-Maarif adalah nama yang telah diberikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Haji Awang iaitu Pengetua yang pertama. Nama tersebut diambil sempena dengan nama Madrasah Al-Maarif di Singapura yang pernah menjadi tempat beliau menimba ilmu pengetahuan.
Sukatan pelajaran berasaskan Al-Quran dan Al-Hadis. Sistem pembelajaran tersebut pada waktu itu ialah para pelajar Sekolah Melayu mempelajari pelajaran agama pada waktu petang. Terdapat juga sebahagian pelajar yang menyambung pelajaran agama di pondok-pondok yang wujud ketika itu. Antaranya ;

1. Pondok Tuan Guru Hj Omar di Kg Raja
2. Pondok Tuan Guru Hj Wan Latif di Jerteh                                  (1939)
3. Pondok Tuan Guru Hj Abas b Mohamad di Bukit Puteri                (1936)  
4. Pondok Tuan Guru Hj muhammad b Hj Hassan di Kuala Besut     (1918)

Pada 5 November 1942, lahirlah Madrasah Al-Maarif di Palembang yang merupakan sebuah bangsal yang didirikan berhampiran dengan sungai Kampung Raja. Bangsal tersebut kepunyaan Sheikh Salim yang dihadiahkan kepada penduduk kampung yang dahagakan pelajaran agama ketika itu. Kemahiran yang diajar seperti membaca, menulis, dan mengira dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan tulisan jawi.

Pentadbiran sekolah ini berada dibawah Pejabat Agama Bahagian Zakat (Pejabat Hal Ehwal Agama Terengganu) yang ditubuhkan pada tahun 1921. Diawal pembukaan, hanya seorang sahaja guru iaitu Tuan Haji Mohammad bin Haji Awang, manakala jumlah pelajar seramai 16 orang yang kesemuanya adalah pelajar lelaki. Menjelang pada tahun 1945, sekolah ini mula menerima kehadiran pelajar perempuan. Sesi pembelajaran pelajar lelaki belajar pada waktu pagi manakala pelajar perempuan belajar pada sebelah petang. Kelengkapan pembelajaran serba kekurangan kerana pelajar terpaksa bersila dengan sebuah bangku yang panjang sebagai tempat menulis. Pada akhir tahun 1944, jumlah guru bertambah seramai tiga orang.

Pendapatan para guru pada awal penubuhannya adalah sumbangan ikhlas daripada penduduk tempatan. Kemudian pendapatan guru dibayar oleh Pejabat Agama Bahagiaan Zakat. Selepas perang dunia kedua, para pelajar dikenakan yuran RM1.00 sebulan untuk membayar gaji guru.

Pada zaman pendudukan Jepun, sistem pembelajaran masih diteruskan juga. Salah seorang pelajar sekolah ini pada zaman Jepun ialah Tan Sri Salleh bin Abas (bekas Ketua Hakim Negara). Pada tahun 1946, sekolah ini berpindah ke Padang Kandis iaitu berhampiran jalan raya yang menghubungkan Jerteh ke Kuala Besut dan dikenali sebagai Asrama Datuk Bentara Luar yang berdekatan dengan Pejabat Pentadbiran dan nama "madrasah rokki al-arif telah diganti dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Agama Maarif.

Pada tahun 1973, Sekolah Menengah Agama Maarif telah berpindah sekali lagi ke tapak yang ada sekarang. Dari bangsal kayu Sekolah Menengah Agama Maarif telah berubah pada bangunan batu berjumlah 7 bangunan. Kemudahan yang ada termasuk asrama lelaki dan perempuan, dewan sekolah, surau, makmal komputer dan kantin sekolah. Jumlah pelajar juga meningkat lebih daripada 800 orang pelajar manakala jumlah guru seramai 60 orang. Mulai pada tahun 2008, Sekolah ini telah diserap ke dalam pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sekolah ini terus mencapai kejayaan demi kejayaan.

No comments:

Post a Comment