Sekolah Menengah Agama Al-Falah


VISI SEKOLAH
Menjadi sebuah Sekolah Agama Cemerlang yang dikagumi dan diteladani.

MISI SEKOLAH
Mendidik pelajar agar menjadi insan berkualiti berteraskan ilmu, iman dan akhlak mulia dengan mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dan sejahtera.
 MOTO
Sabar itu cahaya    






BARISAN PENTADBIR SMA AL FALAH KEMAMAN

TN HJ AZIZ B MUDA
PENGETUA
TN HJ MOHD JUNAIDI B ALIASTN HJ AS'ARI B RAMLIEN AHMAD PAUZI B ABU BAKAR
PEN. KANAN HEMPEN. KANAN AKADEMIKPEN. KANAN KOKURIKULUM





Senarai Pengetua



BIL
NAMA PENGETUA
BERMULA PADABERAKHIR PADA
1Pn. Sepiah bt AbbasTiada dalam rekodTiada dalam rekod
2En. Mohd Yusof Sadri b Abd Manaf09 Feb 194412 Apr 1948
3En. Mahmud b Salim13 Apr 194825 Ogos 1948
4En. Ngah b Ibrahim26 Ogos 194831 Dis 1948
5En. Abdullah b Abd. Rahman1 Jan 194914 Sep 1950
6Tn Sy. Taha b Abu Bakar Al Shaqqaf15 Sep 195031 Dis 1953
7Tuan Hj. Embong b Ibrahim1 Jan 195414 Feb 1958
8Tuan Hj. Yahya bin Ismail15 Feb 195831 Dis 1960
9Tuan Hj. Endut bin Muda1 Jan 196114 Jan 1964
10En. Md Salleh bin Md. Hassan15 Jan 196416 Nov 1972
11En. Omar b.Muda(Pemangku)16 Nov 197231 Dis 1973
12En. Wan Yusof bin Nik1 Jan 197431 Dis 1974
13Tuan Hj. Nik Wan bin Hassan1 Jan 197531 Dis 1978
14Tuan Hj. Abd Mubin bin Mansor1 Jan 197931 Dis 1981
15Tuan Hj. Omar bin Muda1 Jan 198215 Jul 1991
16Tuan Hj. Ibrahim bin Abdullah16 Jul 19912 Mei 1996
17Tuan Hj. Yusof bin Yatim P.J.K.2 Mei 199631 Mac 2000
18Tuan Hj. Ismail bin Awang1 Apr 200020 Jan 2004
19En. Mohd Ridzowan b Adam21 Jan 200414 Jun 2004
20En. Abu Bakar b. Abd Rahman14 Jun 200424 Mac 2006
21En. Che Ali b. Che Mat24 Mac 20062008
22Tn Hj Aziz b. Muda2008sekarang






Sekolah Menengah Agama Al-Falah diasaskan dengan kerjasama dari orang-orang kampung. Dari sini terbentuknya sebuah jawatankuasa untuk mendirikan sekolah ini. Derma-derma dikutip daripada orang ramai bertujuan untuk mendirikan bangunan sekolah. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato' Khalid bin Haji Abdul Rahman dan beberapa ahli jawatankuasa, antaranya ialah Sheikh Omar, Pak Su Kar, Haji Wan Yahya dan lain-lain.
Melalui sepakat yang padu, jawatankuasa bersetuju membeli sebuah rumah dari Kampung Patoh, Hulu Kemaman untuk dijadikan sekolah. Setelah rumah itu dialih, ia dibawa ke tapak sekolah melalui Sungai Kemaman. Perjalanan melalui sungai ini mengambil masa selama satu hari. Tapak asal sekolah ini merupakan kawasan hutan paya dan semak samun.
Setelah selesai didirikan semula rumah ini, sekolah ini diberi nama "Madrasah Al-Falah". Pada awal penubuhan sekolah ini, hanya terdapat seorang sahaja guru iaitu Ustazah Hajjah Sepiah binti Abas dari Sumatera (kini berada di Kuala Terengganu). Sambutan pada peringkat awal adalah sangat menggalakkan dari kaum ibu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Pada tahun pertama, lebih kurang enam puluh orang murid yang kesemuanya perempuan. Bahasa pengantar pada masa itu ialah Bahasa Arab.
Guru yang pertama merupakan seorang guru yang berpengalaman kerana beliau pernah bertugas di Pasir Mas, Kelantan. Setelah sebelas tahun berada di Kelantan, beliau berhajat untuk pulang ke Sumatera tetapi belum sempat berbuat demikian, beliau bertemu dengan Dr. Burhanuddin Helmi. Dr. Burhanuddin Helmi telah memujuknya supaya tinggal di Terengganu dan mengajar di sini. Beliau bersetuju untuk mengajar dan telah ditempatkan di Madrasah Al-Falah.
Melalui kesedaran yang mendalam di kalangan penduduk terhadap agama, maka ramailah anak-anak mereka dihantar ke sekolah ini. Setelah beberapa tahun sekolah ini ditubuhkan barulah pelajar lelaki diambil belajar di sini. Ramai di antara bekas pelajar telah berjaya dalam pelajaran dan bertugas dengan pemerintah.
Perkembangan sekolah ini terus maju ke hadapan dan pada 8 Februari 1944 sekolah ini dibuka dengan rasminya.

BaNgUnAn SeKoLaH

KAWASAN SEKOLAH SMA AL-FALAH





BANGUNAN SEKOLAH SMA AL-FALAH


PAGAR MASUK KE SEKOLAH


SURAU


BLOK KELAS TINGKATAN 5


MAKMAL KOMPUTER


KANTIN SEKOLAH


BLOK KELAS TINGKATAN 1,2,3

No comments:

Post a Comment